Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hizbullah telah mengumumkan secara rasmi berkenaan penamatan operasi keselamatan yang dilancarkan oleh pertubuhan itu dalam rangka membersihkan bandar Arsal daripada elemen pengganas.
Bandar Arsal yang terletak di kawasan sempadan Lubnan-Syria dahulunya menyaksikan kehadiran militan daripada kumpulan pengganas Jabhat al-Nusra yang merupakan sekutu al-Qaeda di Syria.
Pertubuhan tersebut pada hari Khamis mengeluarkan sebuah kenyataan yang mengatakan bahawa para pejuang Hizbullah telah berjaya merampas kawalan ke atas kesemua kawasan di bandar Arsal yang terletak sekitar 124 km dari Beirut. Mereka juga berkata bahawa kesemua unsur kumpulan pengganas tersebut telah berjaya diusir daripada wilayah berkenaan.
Laporan media sebelum ini mengesahkan bahawa para pejuang Hizbullah dilihat mengawal kedudukan di sekitar bandar Flita yang terletak di Syria.
Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Hizbullah dan kerajaan Syria mengumumkan berhubung operasi ketenteraan untuk menghalau keluar para militan daripada kubu kuat mereka yang terletak di kawasan persempadanan kedua-dua buah negara itu. -ABNA24
/315
4 Ogos 2017 - 02:49
News ID: 846019
Hizbullah telah mengumumkan secara rasmi berkenaan penamatan operasi keselamatan yang dilancarkan oleh pertubuhan itu dalam rangka membersihkan bandar Arsal daripada elemen pengganas.